Monday, 14 September 2015

JERAM to LONDON

AKU BENCI KAU THIRAH

Patut la haritu beria suruh aku buat entry pasal kau kat blog aku ni ha. Rupanya ada cacing di sebalik mee. 

Kenal kau pun tak lama seh. Baru berapa bulan. Masa first jumpa pun aku tak perasan dalam grup hiking Gunung Irau tu wujud manusia nama Thirah. Entah macam mana one day I've got my balls to text u personal. Itupun amek nombor kau kat wasap grup. Ingatkan kau skema, rupanya kau pun gila jugak. Layan kau pun layan gila macam member² lain. Kau gila. Tapi kau inesen. Sila terima hakikat.

Dan tiba² kau berenti kerja. Pelik jugak aku, kerja dah best tetiba nak quit. Siap quit senyap² pulak tu. Kau cerita kerja kau kena pergi johor selalu, kena drive jauh² sorang² untuk visit site. Kau berenti kat RnR sorang² semata nak lelapkan mata sebab penat. Dan kau cerita kau tanned sebab selalu site visit. Padahal aku tengok tak tanned pun, still comel je dengan mata sleepy kau tu (tapi kaki kau memang sangat belang lepas balik Kemboja. Hahahaha). 

Kaulah manusia pertama yang cakap berat kau 45kg dan kau sedih sebab kau rasa kau gemuk. Aku rasa nak terajang je. Kau jugak manusia yang kalau nak bercerita mesti nak detail dan mesti sekali tangan dan sound efek tu semacam diwajibkan. Pastu aku suka potong cerita kau dan masuk topik lain, tapi kau sangat power walaupun topik dah jauh berubah, kau still nak sambung topik kau yang tak habis tu. Kau sangat inesen Thirah (tanak cakap kau comel sebab kau tak suka kan. Haha)

Aku ingat lagi masa bulan puasa kita buka puasa sama², act tak sama² pun sebab aku dengan grup alumni sekolah rendah aku, kau dengan grup Leisure Hiker, tapi entah macam mana aku boleh setting dua² grup duduk bersebelahan kat padang Setia City Mall tu. Masa tu aku sampai awal, pastu kau sampai dengan Wan dengan Aroy. Pastu kau tegur aku dan bahasakan diri 'thirah' 'net' dan aku macam what the hell minah ni nak main² nama pulak dengan aku, dan aku terus bahasakan diri 'aku' kau', lepas tu kau terus comfort dengan panggilan aku kau tu. Mungkin jugak sebab lepas² tu aku nganjeng kau pasal kata ganti diri guna nama.

Dan kau selalu usik aku time sembang dengan penggunaan nama untuk ganti nama diri sebab kau tahu aku macam geli sikit dengan semua tu.

Kau comel dooooo.   

Masa lepak bukak puasa sama² sambil main iceskate pun seronok jugak. Aku tak tau apa yang seronoknya, tapi aku nak jugak cakap benda tu seronok. Sebab aku rasa benda tu seronok kot. Eh, entahla. Gila isim dah aku ni.

Masa ni entah aku rasa macam aku segan lagi nak sembang dengan kau. Sebab aku pun belum rapat dengan kau. 

Aku rasa aku start rapat dengan kau baru je lagi. Few weeks ago kot. Itupun sebab kau memula gosip aku dengan si gendut, pastu aku bawak Asiyah pergi Melaka untuk gather sama², aku tau masa tu kau mula dah pening kepala nak gosip aku dengan which one. Kan? Hahahaha
Tapi tulah, even baru je lagi rapat dan gila, aku rasa kau macam best dan aku boleh selesa bekawan dengan kau. Sebab utama mungkin adalah kau GILA. Tahu tak Gila?

Satu lagi, dulu aku ingat kau kapel dengan Mubin. Sebab korang nampak rapat semacam. U know kan, aku tak berapa suka nak mulakan rapat dengan kepunyaan sesiapa. Sampai ada sekali aku direct tanya kau, weh, kau kapel dengan mubin ke?
Kau jangan salah anggap aku nak masuk line kau ke apa ke, aku tak hingin hokeh. Aku cuma suka kawan dengan kau sebab kau gila.
Hahaha.

Pernah keluar berdua dengan kau pun sekali je. Itupun nasib baik kau sporting nak keluar berdua dengan aku. Tapi benda lawak pulak jadi masa keluar. Dan² la nak cari handbag kat Long Champ @ Champ Long entah nama butik tu aku tak ingat, pulak dah butiknya tutup sebab tengah renovation. Nak pegi stabak, Stabak pulak tutup. Pun sebab reno. Haru betul. But yet, it's part of our created memory thou. 

Kuang ajo kau kan tanak bagitahu benda sebenar time aku tanya. Sampaikan terpaksa aku pusing depan rumah kau dua kali semata nak lengahkan masa sebab nak guess the real reason why u quit ur job. Ada sugar daddy la, kerja dengan parents la, nak kawen la, nak duduk kat kampung la. Rupanyaaaaaaa

Ahhh. Benci lah kat kau macam ni. Kalau aku tau, malam ni aku datang sekali hantar kau. Eh, tapi maybe aku akan sedih kot. Tak boleh la member pergi jauh² ni. Kang mesti rasa macam nak nangis. Hati tisu beb. Hahaha

Balik kang jangan lupa, temankan aku shopping lagi sebab aku rasa dengan kenal kau aku dah jumpa shopping buddy aku. Selera kau sama dengan selera aku gamaknya. Ingatkan bila dah jumpa shopping buddy, boleh la aku paksa kau teman aku shopping lain kali, sekali kena terima hakikat sempat shopping dengan kau just sekali before u go. Cehh. 

Benci lagi sekali kat kau. 

Hahahaha

Last wish, Safe flight. Long journey tu. Entah berapa jam baru nak sampai tempat orang hidung mancung tu (sayangnya kau hidung kembang pulak. hahaha). Kalau kat Malaysia ni kau boleh berdirikatkakisendiri, aku percaya kat sana mesti kau pun tough jugak. Mesti kaki kau tak boleh nak duduk diam kat rumah. Mesti kau nak berjalan sana sini. Kalau nak post kat ig gambar kau main snow, tolong block aku dulu. Aku tak suka tengok. Benci.

Banyak lagi aku nak pesan, tapi macam over pulak pesan kat blog ni. Kalau kau baca entry ni, sila senyum. Nombor tepon aku tak berubah. Kau boleh call wasap macam biasa. Status aku je yang mungkin akan berubah. Kalau aku dah kawen nanti kau jangan nak menggatal kacau aku. Marah bini aku nanti. Hahaha

Btw, kat London nanti kalau kau keliru penggunaan double G dalam tulisan bahasa melayu, cari je aku. penganggur, pengurangan, pengurangan, penggunaan, atau seumpama dengannyalah. 


Biarpun Malaysia sekarang dilanda jerebu, tapi aku tak pernah 'jerebu' tengok gambar ni. 
#PickupLine #Hahaha

Sempat selfie dengan kau beberapa kali je. Yang ni selfie sebab nak showoff kat si gendut yang kita shopping dikala dia kena masuk kelas. Muehehe

Kau tau kan cerita yang viral pasal sorang mamat tu habis study kat Canada then plan to make surprise utk awek dia kat UK, dan bawak snowglobe konon² sweet apa semua tu, jangan nak kata kau tak tau sebab kau pernah..... Ermmmm. Oke takpa. Abaikan. Kiranya point kat sini kau tau cerita tu. Dan aku akan buat benda sama, one fine day aku akan pergi kat London ke UK entah tempat kau tu, aku nak cari kau, tapi aku tanak bawak snowglobe, aku nak bawak tangan aku je. Bila je aku jumpa kau, benda pertama aku nak buat ialah aku nak lempang kau. Itu je. Pastu aku balik Jeram balik. 

Oke. Sekian saja nukilan benci aku untuk kau.

Tudung bawal itu comel, 45kg itu kurus

Aku harap kau tak bangkang statement aku ni. 

Study elok².

Bai

2 comments:

  1. Appreciation post kau menyentuh jiwa kalbu aku bhai.. Aku nak counter balik stp perenggan (eja betul tak) tapi nnt la. Kalau aku boring, aku bukak satu blog. Menulis pasal kau je. Till we meet again buddy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kau tulis benda buruk pasal aku, aku bantai kau balik. Ap ad hal.

      Study molek weh.

      Kalau jumpa mamat hidung mancung, panggil dia datang dekat pastu try gantung hanger baju kat hidung dia. Kalau melekat, itu tandanya dia jodoh kau. Hahahahaha

      Delete